KESENIAN KHAT
“KE ARAH MEMARTABATKAN SENI WARISAN ISLAM”
Marilah kita bersama-sama tanamkan perasan cinta terhadap seni penulisan khat…
Di sini ana terangkan serba sedikit tentangan sejarah seni khat…
Awalan…ana terangkan pasai Pengertian khat dulu….
• Dari segi BAHASA: maksudnya garisan atau symbol atau lambang.
• Dari segi ISTILAH: Khat ialah tulisan, lukisan huruf, symbol, lambang dan bentuk pada perkataan-perkataan dari ayat Al-Quran, Hadith, kata-kata hikmah, puisi, pantun dan sebagainya.
• Ada setengah pendapat mengatakan bahawa “Khat ialah ilmu yang dapat mengetahui kedudukan huruf dan cara penyusunan”
Alright….setakat ni tuk pengertian khat…
Ana terangkan hok yang saniah lak…pasai jenis2 khat
1) KHAT NASAKH
· Tulisan Nasakh bermula sejak abad ke18 Masihi bersamaan tahun ke 3 Hijrah
· Kelebihannya: lebih mudah dengan bentuk geometri krisep tanpa struktur yang kompleks
· Tulisan ini merupakan satu-satunya tulisan yang digunakan hampir pada seluruh naskah2 ilmiah seperti buku, majalah, akhbar, iklan2, brosur2 dan sebagainya.
2) KHAT THULUTH
· Khat ini dinamakan khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen yg ukuran lebarnya menyamai 1/3 lebar mata pen.
· Khat thuluth adalah khat yg paling sukar jika dibandingkan dengan jenis2 khat yg lain samada dari segi kaedah, ukuran dan sebagainya.
· Khat ini banyak digunakan bagi menghiasi ruang2 dinding dan kubah di masjid2.
Inilah hasil penulisan khat Thuluth ana yg diaplikasikan ke tile....
Ketahuilah sahabat-sahabatku betapa indahnya pergerakkan tangan dalam diam boleh menghasilkan pelbagai jenis bentuk untuk diaplikasikan ke dalam pelbagai material dengan bermacam2 hasil tulisan.
3) KHAT DIWANI
· Khat ini dinamakan khat Diwani kerana digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan.
· Tulisan khat ini dicipta adalah untuk menulis semua keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan, surat menyurat rasmi, sijil, watikah dan sebagainya.
· Khat ini dalam bentuk yg bundar dan melengkung. Ia adalah sejenis khat yg lembut dan mudah untuk di bentuk.
4)KHAT RIQ’AH
· Khat ini dicipta adalah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua yrusan rasmi dikalangan kakitangan kerajaan.
· Khat riq’ah berbentuk huruf yg kecil, lbh cepat dan mudah ditulis.
· Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota.